Jenayah pencerobohan
Jenayah pencerobohan

Jenayah pencerobohan

Jenayah pencerobohan atau jenayah terhadap keamanan ialah perancangan, permulaan, atau pelaksanaan tindakan pencerobohan berskala besar dan serius dengan menggunakan kekuatan tentera sebuah negara. Definisi dan skop adalah kontroversi. Statut Rom mengandungi senarai lengkap tindakan pencerobohan yang boleh menyebabkan individu penjenayah bertanggungjawab, yang merangkumi pencerobohan tentera, pendudukan tentera, pengilhakan dengan menggunakan kekerasan, pengeboman, dan sekatan pelabuhan. Pencerobohan secara amnya adalah jenayah pucuk pimpinan yang hanya boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa untuk membentuk dasar pencerobohan negara, bukannya mereka yang melaksanakannya. Asas falsafah bagi kesalahan pencerobohan terdapat dalam teori adil peperangan, dimana melancarkan perang tanpa alasan yang adil untuk mempertahankan diri adalah tidak patut. Selepas serangan Jerman ke atas Soviet Union semasa Perang Dunia II, hakim Soviet Aron Trainin membuat cadangan pertama yang berjaya untuk menjenayahkan perbuatan pencerobohan. Piagam Tribunal Tentera Antarabangsa memperuntukkan liabiliti jenayah kerana melancarkan perang pencerobohan, yang merupakan fokus utama Perbicaraan Nuremberg. Penjenayah lain dalam Perang Dunia II telah dibicarakan kerana pencerobohan di Finland, Poland, China, Perbicaraan Nuremberg Terkemudian, dan Perbicaraan Tokyo. Tiada siapa yang telah didakwa kerana pencerobohan samada sebelum atau sejak tahun 1940an.Ia secara umum diterima bahawa jenayah pencerobohan wujud dalam Undang-Undang Adat Antarabangsa. Definisi dan syarat untuk menjalankan undang-undang ke atas jenayah ini oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah diterima pada 2010 di Persidangan Kajian Semula Kampala oleh negara anggota mahkamah. Pencerobohan adalah jenayah mengikut undang-undang statut sesetengah negara, dan boleh didakwa di bawah bidang kuasa sejagat.Pencerobohan ialah salah satu jenayah teras dalam undang-undang jenayah antarabangsa, di samping genosid, jenayah kemanusiaan, dan jenayah perang. Pada tahun 1946, Tribunal Tentera Antarabangsa memutuskan bahawa pencerobohan adalah "jenayah antarabangsa tertinggi" kerana "ia mengandungi dalam dirinya seluruh kejahatan yang terkumpul".[1] Pandangan standard pencerobohan adalah jenayah terhadap negara yang diserang, tetapi ia juga boleh dianggap sebagai jenayah terhadap individu yang terbunuh atau dicederakan akibat peperangan.

Rujukan

WikiPedia: Jenayah pencerobohan https://oxford.universitypressscholarship.com/view... https://oxford.universitypressscholarship.com/view... https://oxford.universitypressscholarship.com/view... https://doi.org/10.1093%2Fejil%2Fchy054 https://doi.org/10.5305%2Famerjintelaw.109.3.0569 https://api.semanticscholar.org/CorpusID:147754466 https://treaties.un.org/doc/source/docs/RC-Res.6-E... https://asp.icc-cpi.int/en_menus/asp/reviewconfere... https://asp.icc-cpi.int/en_menus/asp/reviewconfere... http://treaties.un.org/pages/ViewDetails.aspx?src=...